Gadis Penari

Nurul merupakan seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta. Sesuai dengan kerjayanya, dia mempunyai wajah yang cantik. Sentiasa bertudung dan sering mengenakan pakaian longgar, namun tidak menghalang para jejaka untuk cuba menarik perhatian Nurul.

Nurul tidak pernah melayan usikan jejaka-jejaka tersebut. Dia sebenarnya menaruh hati kepada pemuda bernama Hazali, anak kepada majikannya.

Namun Nurul sedar takkan mungkin Hazali memandangnya, lantaran dia seorang anak Dato, manakala Nurul sekadar pekerja biasa.

Pada suatu hari, Nurul mengajak rakannya, Hanis untuk melihat pameran rumah. Dia bercadang untuk membeli rumah kerana tidak mahu terus menyewa.

Di pameran tersebut, Nurul tertarik dengan sebuah apartment. Ia lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Setelah proses booking, dan hantar segala dokumen, pihak bank tidak dapat meluluskan pinjaman Nurul kerana kelayakan Nurul tidak cukup untuk membeli apartment tersebut.

Haikal, wakil penjual yang menguruskan apartment tersebut mencadangkan Nurul menambah deposit, supaya nilai pinjaman menjadi rendah dan memudahkan pihak bank meluluskannya.

Namun, nilai deposit yang dicadangkan oleh Haikal membuat Nurul kembali berdukacita. Nilainya terlalu besar baginya dan takkan mungkin dia ada duit sebanyak itu. Tetapi pada masa yang sama, Nurul sangat inginkan apartment tersebut.

Haikal tersenyum. “Saya ada satu cadangan menarik”.

Nurul amat terkejut mendengar cadangan Haikal. Cadangan yang amat gila dan sangat tak masuk akal. Tak pernah terfikir dalam hidupnya untuk bergambar dalam keadaan tak berpakaian langsung. Segala bahagian tubuh badannya yang selama ini tertutup rapiTapi Haikal menyakinkannya, dengan cara ini, Nurul boleh dapat menampung kos deposit pembelian apartment tersebut.

Nurul meminta Haikal waktu untuk berfikir. Namun Haikal memberitahu tidak boleh lama sangat kerana apartment tersebut akan dijual kepada orang lain sekiranya Nurul tidak berjaya mendapatkan pinjaman perumahan.

Setelah beberapa hari berfikir, Nurul terpaksa akur itu sahaja lah satu-satunya jalan penyelesaiannya. Nurul akan dapat RM100,000, satu jumlah yang lebih daripada cukup untuk membayar deposit rumah, tetapi sebagai balasan, Nurul terpaksa merelakan gambarnya diambil dalam keadaan telanjang bulat.

Tiba hari yang dijanjikan, Nurul pergi ke alamat yang diberikan oleh Haikal. Kata Haikal, sesi fotografi akan dibuat di tempat tersebut.